Dasar Privasi dan Perlindungan Data Peribadi
Dasar Privasi dan Perlindungan Data Peribadi ini dikeluarkan kepada semua pelanggan, pembekal dan pekerja dan/ atau bakal pelanggan, pembekal dan pekerja menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta tersebut”) yang berkuatkuasa pada 15 November 2013 dan berfungsi sebagai notis perlindungan data peribadi kami selaras dengan Akta tersebut.
1. Pengumpulan Data Peribadi
Semasa anda berurusan dengan Multifield Development Sdn Bhd dan/atau mana-mana anak syarikatnya (“Windsor Land”), kami akan meminta bahawa anda untuk memberikan data dan maklumat peribadi anda (“Data Peribadi”) bagi membolehkan kami untuk memasuki transaksi komersial dengan anda atau untuk menghantar notis-notis, perkhidmatan dan/atau produk-produk berkenaan dengan perniagaan kami. Ini adalah relevan dengan proses, pelaksanaan perniagaan kami, termasuk penyampaian notis-notis, perkhidmatan dan/atau produk-produk, pengurusan hubungan pelanggan, perancangan berkaitan dengan produk-produk masa hadapan, pelancaran produk-produk baru serta acara termasuk acara promosi dengan rakan-rakan perniagaan dalam projek-projek atau perbandaran kami.
2. Data Peribadi
Data Peribadi sebegini mungkin tertakluk kepada undang-undang perlindungan data, privasi dan undang-undang lain yang sama dan mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, nombor paspot, alamat, jantina, bangsa, kewarganegaraan, maklumat perhubungan, alamat emel, sejarah pekerjaan, pendidikan, pampasan terkini dan terdahulu, maklumbalas majikan, penilaian prestasi, tindakan disiplin, rujukan dan maklumat lain mengenai majikan terdahulu atau orang lain yang diberikan oleh kamu kepada kami, alamat rumah atau alamat pos kamu, kerjaya kamu terkini dan terdahulu, nama, alamat, nombor telefon atau faks majikan kamu, alamat terdahulu anda dan pilihan cara komunikasi anda, nama lain yang anda pernah guna atau alias, agama, nombor akaun semasa dan nombor akaun simpanan, butir-butir kad kredit, nama bank dan maklumat perbankan penting yang lain, nombor pengenalan fail cukai, nombor KWSP, nombor SOCSO dan rekod jenayah yang dibenarkan oleh undang-undang.
3. Tujuan Pengumpulan Data Peribadi
Data Peribadi akan dikumpul, diproses dan digunakan oleh kami untuk tujuan-tujuan berikut:-
- penyampaian notis, perkhidmatan atau produk dan pemasaran perkhidmatan atau produk tersebut sama ada semasa dan masa depan, kepada anda;
- bagi membolehkan anda untuk memasuki perjanjian dan/atau kontrak berkaitan untuk membeli produk dan/atau hartanah daripada kami;
- penyelenggaraan dan penjagaan rekod dan perkembangan pelanggan;
- tujuan yang diperuntukkan dalam mana-mana perkhidmatan atau produk yang ditawarkan oleh kami atau rakan kongsi perniagaan kami;
- pemasaran dan aktiviti profil pelanggan mengenai projek, produk dan/atau perkhidmatan terkini kami;
- menyediakan dan melaksanakan semua dokumen dan perjanjian dan/atau kontrak yang berkaitan dengan projek, produk dan/atau perkhidmatan kami dengan anda;
- penilaian kredit, siasatan kewangan dan latar belakang apabila dianggap perlu;
- penyimpanan rekod dalaman kami;
- pencegahan jenayah (termasuk tetapi tidak terhad kepada frod dan pengubahan wang haram);
- mematuhi sebarang keperluan undang-undang atau peraturan berkaitan dengan provisi perkhidmatan dan produk kami dan membuat pendedahan di bawah keperluan sebarang undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling dan kod yang terpakai kepada kami atau mana-mana anak syarikat dalam Kumpulan kami;
- membolehkan kami menghantar maklumat melalui emel, pos biasa, cara telekomunikasi (panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas atau aplikasi perbualan sosial) atau internet media sosial mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga yang terpilih di mana kami rasa mungkin menarik minat anda tetapi dalam proses tersebut kami kekal kawalan atas Data Peribadi anda dan kami tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa persetujuan bertulis anda;
- pemilikan kosong, penyerahan kunci, pengurusan harta/estet, perkhidmatan pelanggan dan/atau kerja-kerja rektifikasi kerosakan;
- perkhidmatan selepas pemilikan kosong seperti perkhidmatan rumah kelab, sekuriti dan program ganjaran kesetiaan pelanggan;
- apa-apa transaksi komersial kemudian yang berkaitan dengan mana-mana projek, produk dan/atau perkhidmatan; dan
- membolehkan kami untuk memberi dan mengemukakan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak berkaitan, sila rujuk pada “Lampiran A1 – Senarai Badan Kerajaan, Agensi, Pihak Berkuasa Tempatan dan Institusi”;
- membolehkan kami untuk memberi dan mengemukakan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak berkaitan, sila rujuk pada “Lampiran A2 – Senarai Bukan Badan Kerajaan/Agensi dan Institusi Swasta”.
4. Sumber Data Peribadi
Data Peribadi yang akan dikumpul, diproses dan digunakan oleh kami adalah diambil dari cara-cara yang sah di sisi undang-undang dan telus seperti berikut:-
- perjanjian dan kontrak untuk jual beli hartanah kami atau untuk perkhidmatan kami;
- borang pendaftaran rasmi (sama ada elektronik atau bercetak) untuk pelancaran baru atau pertunjukan jalanan hartanah, pameran atau apa-apa acara promosi;
- borang Permintaan maklumat rasmi yang diberikan kepada anda oleh pekerja-pekerja atau ejen-ejen kami;
- apa-apa emel atau surat-menyurat yang kami terima daripada anda untuk meminta maklumat atau membuat sebarang pertanyaan;
- apa-apa borang yang dikemukakan dalam laman web kami atau apa-apa laman web yang dikontrak oleh kami;
- apa-apa rujukan daripada seseorang di mana butir-butir perhubungan orang tersebut telah disahkan;
- surat tawaran daripada institusi kewangan (tempatan dan asing) untuk pinjaman wang yang telah diluluskan;
- kad perniagaan yang telah diletakkan di dalam premis kami atau diberikan kepada pekerja, ejen, broker atau bersekutu kami; atau
- apa-apa dokumen (termasuk tetapi tidak terhad kepada borang dan pulangan berkanun) yang telah dikemukakan kepada kami untuk pemprosesan.
Tidak akan ada sebarang Data Peribadi dibeli oleh kami atau dalam apa jua pemerolehan secara komersial melalui pembelian atau perdagangan senarai atau pangkalan data (database) Data Peribadi yang tidak sah atau haram.
5. Hak untuk Mengakses dan Membuat Pemindaan
Anda mempunyai hak untuk meminta akses untuk dan jika diperlukan, membetulkan sebarang Data Peribadi anda dalam rekod kami. Anda mempunyai hak untuk:-
- meminta akses pada Data Peribadi anda dalam rekod kami untuk tujuan pengesahan. Anda boleh akses dan kaji Data Peribadi anda dengan menghadirkan diri di pejabat korporat kami yang terletak di alamat yang dinyatakan di (h) di bawah;
- meminta pembetulan Data Peribadi anda dalam rekod kami sekiranya maklumat tersebut adalah tidak tepat, mengelirukan, tidak dikemaskini atau tidak lengkap setelah pengesahan maklumat baru yang diberi dengan menghadirkan diri di pejabat korporat kami yang terletak di alamat yang dinyatakan di (h) di bawah;
- meminta bahawa Data Peribadi anda hanya akan disimpan selama yang diperlukan bagi memenuhi tujuan mengumpul maklumat tersebut;
- meminta bukti polisi dan prosedur berkenaan perlindungan dan jaminan Data Peribadi anda dalam rekod kami;
- meminta kami menyatakan atau menerangkan polisi dan prosedur berkenaan data dan jenis Data Peribadi yang dikendali oleh kami;
- memaklumkan kepada kami bantahan anda terhadap penggunaan Data Peribadi anda untuk matlamat pemasaran di mana kami tidak akan menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan tersebut. Anda boleh memaklumkan kepada kami dengan menghadirkan diri di pejabat korporat kami yang terletak di alamat yang dinyatakan di (h) di bawah; dan
- menarik balik, sepenuhnya atau sebahagiannya, kebenaran yang diberi sebelum ini, dalam setiap kes tertakluk kepada apa-apa sekatan perundangan, syarat-syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah dengan menghadirkan diri di pejabat korporat kami yang terletak di alamat yang dinyatakan di (h) di bawah;
(h) Anda boleh meminta akses, mengkaji, meminda dan membetul Data Peribadi anda melalui:
Unit 2, Aras 43, Menara Naza Platinum Park,
No. 10, Persiaran KLCC,
50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03-2789 9028
6. Pendedahan Data Peribadi
Maklumat yang kami kumpul tidak akan dijual, diberikan atau dikongsi dengan organisasi-organisasi lain untuk tujuan komersial atau tujuan lain. Kami, walau bagaimanapun, ada menghantar emel bagi pihak organisasi yang terpilih kepada pelanggan yang memilih untuk menerima mesej sebegini. Kami menghantar mesej tersebut secara langsung, oleh itu tiada pengiklan dapat melihat maklumat peribadi pengguna-pengguna, melainkan jika pengguna-pengguna membalas atau menjawab iklan atau emel secara sendiri.
Data Peribadi yang dibekalkan kepada kami akan disimpan secara sulit dan kami akan mendapatkan persetujuan, pemberian kuasa dan kebenaran anda untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada kumpulan-kumpulan pihak berikut:-
- mana-mana pihak, agensi kerajaan, pihak berkuasa statutori dan/atau pengawal selia industri di mana kami adalah di bawah kewajipan atau keperluan untuk berbuat demikian menurut sebarang undang-undang, sila rujuk pada “Lampiran A1 – Senarai Badan Kerajaan, Agensi, Pihak Berkuasa Tempatan dan Institusi”;
- pihak-pihak berkaitan, sila rujuk pada “Lampiran A2 – Senarai Bukan Badan Kerajaan/Agensi dan Institusi Swasta”;
- mana-mana syarikat berkaitan dan/atau anak syarikat Windsor Land, termasuk syarikat-syarikat Windsor Land yang bakal diperbadankan;
- rakan-rakan perniagaan kami dan rakan bersekutu yang membekalkan perkhidmatan atau produk yang berkenaan dengan perniagaan kami;
- juruaudit, perunding, peguam, akauntan atau penasihat kewangan dan profesional kami yang dilantik berkenaan perniagaan kami;
- pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami, syarikat pengurusan pihak ketiga, sub-kontraktor atau mana-mana pihak lain yang dianggap perlu untuk membolehkan urusan anda dengan kami; dan
- pembekal perkhidmatan kami yang dilantik berkenaan program ganjaran kesetiaan pelanggan, untuk tujuan penghantaran penebusan hadiah dan perkhidmatan.
Senarai di atas adalah tidak menyeluruh. Kami juga berhak untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak berkepentingan yang lain, sebagaimana yang dianggap munasabah dan perlu, bagi tujuan operasi perniagaan kami, pematuhan terhadap keperluan undang-undang dan peraturan, atau bagi melindungi hak dan kepentingan kami, tanpa perlu memberi notis tambahan kepada anda, tertakluk sepenuhnya kepada pematuhan dengan Akta.
Pihak ketiga adalah ditugaskan secara sah untuk memproses Data Peribadi anda selaras dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Multifield Development Sdn Bhd. Pihak ketiga juga adalah bertanggungjawab di bawah undang-undang terhadap keselamatan Data Peribadi anda pada tahap sekuriti yang sesuai selaras dengan undang-undang perlindungan data yang terpakai dan dengan standard industri yang diterima secara meluas.
Anda boleh pada bila-bila masa menarik balik, secara keseluruhan atau sebahagiannya, kebenaran pendedahan anda yang diberi sebelum ini, dalam setiap kes tetap tertakluk pada apa-apa sekatan undang-undang terpakai, pra-syarat kontrak dan satu masa yang munasabah dan anda perlu membuat penarikan tersebut dengan menghadirkan diri di pejabat korporat yang terletak di alamat seperti dinyatakan di 5(h) di atas.
7. Pilihan untuk Mengehadkan Pemprosesan Data Peribadi
Data Peribadi yang dibekalkan kepada kami akan diproses apabila dianggap perlu atau ketika penyelenggaraan dijadualkan. Definisi ‘diproses’ adalah “apa-apa operasi atau set operasi yang dilakukan atas Data Peribadi, sama ada melalui cara automatik, seperti pengumpulan, rakaman, susunan, penyimpanan, adaptasi atau pemindaan, pengambilan semula, perundingan, penggunaan, pendedahan melalui transmisi, penyebaran atau dengan cara penyebaran lain, penyelarasan atau gabungan, penyekatan, penghapusan atau kemusnahan”;
Anda mempunyai hak untuk mengehadkan secara sebahagian atau sepenuhnya mana-mana proses di mana data anda adalah tertakluk pada terma-terma operasi yang dibenarkan untuk dilaksanakan, tempoh masa yang dibenarkan atau secara alternatifnya tarikh akhir kebenaran yang diberikan.
Tanggungjawab untuk pematuhan adalah diletakkan atas Windsor Land yang menetapkan tujuan dan cara pemprosesan Data Peribadi. Anda pada bila-bila masa, boleh menarik balik atau meminda, secara seluruh atau sebahagiannya, kebenaran pemprosesan anda yang diberi sebelum ini, tetapi tertakluk pada apa-apa sekatan undang-undang terpakai, pra-syarat kontrak dan satu masa yang munasabah dan anda perlu membuat penarikan tersebut dengan menghadirkan diri di pejabat korporat yang terletak di alamat seperti dinyatakan di 5(h) di atas.
8. Akibat Keengganan / Kegagalan untuk Membekal Data Peribadi
Data Peribadi yang dibekalkan kepada kami adalah secara sukarela dan anda adalah tidak diwajibkan atau dipaksa untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, dalam situasi yang tertentu seperti penyediaan dan pelaksanaan Kontrak Jual Beli, Surat Tawaran Pembekal atau Surat Tawaran Kerja yang memerlukan maklumat dan butir-butir peribadi sebelum itu.
Kegagalan untuk membekalkan Data Peribadi mungkin mengakibatkan yang berikut di mana kami tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang akibat yang timbul darinya:-
- ketidakupayaan pihak-pihak untuk merasmikan apa-apa kontrak dan/atau perjanjian dan/atau Perjanjian Jual Beli / tender / Surat Tawaran / Surat Tawaran Kerja yang berkaitan dengan jualan hartanah, produk dan/atau perkhidmatan kami, untuk tujuan memudahkan pembinaan atau untuk tujuan sumber manusia;
- ketidakupayaan kami untuk membekalkan anda dengan notis, perkhidmatan dan/atau produk yang diminta;
- ketidakupayaan kami untuk membekalkan anda dengan produk dan/atau pelancaran terkini;
- ketidakupayaan kami untuk melengkapkan transaksi komersial berkenaan projek, produk dan/atau perkhidmatan kami; dan
- ketidakupayaan kami untuk mematuhi apa-apa undang-undang yang terpakai, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan dan/atau kod-kod yang terpakai kepada kami.
9. Perlindungan Data Peribadi
Data Peribadi anda akan disimpan dan diproses dalam cara yang selamat. Pentadbiran dan perlindungan keselamatan, polisi dan prosedur yang sesuai akan dilaksanakan, setakat yang praktikal, selaras dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai. Kami akan, setakat mana yang praktikal, cuba untuk menghalang sebarang pemprosesan yang tidak dibenarkan dan/atau salah di sisi undang-undang, dan juga kerugian, kemusnahan atau kerosakan tidak sengaja terhadap Data Peribadi anda. Kami akan menyimpan Data Peribadi anda selama mana yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan, atau seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan yang terpakai. Setelah Data Peribadi anda tidak lagi diperlukan untuk tujuan tersebut, ia akan dipadam, dimusnahkan atau dianonimkan dengan selamat.
Multifield Development Sdn Bhd adalah komited untuk mengambil langkah-langkah teknikal, fizikal dan organisasi untuk menjaga Data Peribadi anda daripada akses yang tidak dibenarkan, pemprosesan yang tidak sah di sisi undang-undang, kerugian atau kerosakan yang tidak sengaja, dan kemusnahan yang tidak dibenarkan terhadap Data Peribadi anda.
Untuk melindungi daripada akses Data Peribadi tanpa kebenaran oleh pihak ketiga di luar Windsor Land, semua Data Peribadi elektronik yang dipegang oleh Windsor Land adalah di lindungi dengan rangkaian selamat. Entiti-entiti Windsor Land mengehadkan akses kepada sistem dalaman yang memegang Data Peribadi kepada sekumpulan pengguna terpilih yang diberi kuasa dan akses kepada sistem ini melalui penggunaan pengenalan unik dan kata laluan. Akses kepada Data Peribadi adalah terhad kepada hanya akan dibekalkan kepada pengguna yang relevan untuk tujuan melaksanakan tugas rasmi mereka. Pematuhan dengan peruntukan-peruntukan ini adalah diperlukan bagi semua pentadbir pihak ketiga yang mungkin mengakses Data Peribadi anda, seperti yang dinyatakan dalam “Pendedahan Data Peribadi” dalam Seksyen 6 di atas.
10. Bahasa
Selaras dengan Seksyen 7(3) Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Dasar ini dikeluarkan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sekiranya berlaku sebarang terma-terma yang tidak berkonsisten, versi Bahasa Inggeris Polisi ini akan digunapakai.
11. Pilihan Privasi Anda dan Bagaimana Anda Boleh Menghubungi Kami
Sekiranya anda ingin menghubungi kami mengenai Data Peribadi anda, sila:-
(a) Emel kepada: marketing@multifieldasia.com ; atau
(b) Bertulis atau faks kepada alamat berikut:-
Unit 2, Aras 43, Menara Naza Platinum Park,
No. 10, Persiaran KLCC,
50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03-2789 9028
12. Perubahan Dasar Perlindungan Data Peribadi Kami
Windsor Land mungkin mengemas kini Polisi ini dari semasa ke semasa, contohnya untuk mematuhi perubahan dalam operasi perniagaan atau undang-undang dan peraturan. Windsor Land akan menyiarkan semua perubahan kepada Polisi ini. Versi terkini akan sentiasa tersedia di laman web kami apabila diperlukan.
13. Persetujuan
Dengan membekalkan kami dengan Data Peribadi anda atau meneruskan komunikasi dengan Windsor Land, kami akan menganggap bahawa anda telah bersetuju / memberi kebenaran untuk pemprosesan Data Peribadi anda.
14. Pemindahan Data Peribadi ke Luar Malaysia
Dalam menjalankan operasi kami, kami mungkin memindahkan Data Peribadi anda ke lokasi di luar Malaysia, termasuk kepada syarikat berkaitan kami, penyedia perkhidmatan, dan rakan niaga. Pemindahan tersebut hanya akan dibuat apabila kami berpuas hati bahawa tahap perlindungan yang mencukupi telah tersedia untuk melindungi Data Peribadi anda, selaras dengan Akta dan mana-mana undang-undang yang berkenaan.
Lampiran A1 –
Senarai Badan Kerajaan, Agensi, Pihak Berkuasa Tempatan dan Institusi
- Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan;
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
- Lembaga Hasil Dalam Negeri;
- Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan;
Lampiran A2 –
Senarai Bukan Badan Kerajaan/Agensi dan Institusi Swasta
- Indah Water Konsortium;
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
- Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas);
- Tenaga Nasional Berhad;
- Bank dan institusi kewangan;
- Syarikat insurans;
- Juruaudit kewangan luaran; dan
- Firma guaman.